Gallery

PEMBANGKANG JANGAN BUAT ISU BANTUAN KERAJAAN : JAINAB


ImejKOTA KINABALU: Kerajaan Barisan Nasional menafikan dakwaan pembangkang bahawa bantuan kebajikan kepada golongan kurang berkemampuan hanya diberikan setiap kali tiba bulan Ramadan dan musim perayaan sahaja. 

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat, Datuk Jainab Ahmad berkata, dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana kerajaan negeri sentiasa melaksanakannya tanpa mengira masa. 

“Sebenarnya bantuan diberi bukan pada musim perayaan dan persekolahan sahaja. Kita berbuat demikian pada bila-bila masa dan saya sendiri tiap-tiap minggu turun padang untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat di dalam kawasan Dun Karambunai. 

“Kita sentiasa luluskan bantuan termasuk projek kemudahan asas demi manfaat penduduk luar bandar. Kebetulan ada sedikit dana kerajaan, kita beri sempena bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri. Inilah yang menzahirkan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional lebih adil,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan pengurusan dan moreh sempena Ramadan kepada rakyat di kawasan dalam Dun Karambunai. 

Pembangkang kata beliau, tidak sewajarnya mempertikaikan usaha kerajaan yang sentiasa melaksanakan tanggungjawab sosialnya. 

“Banyak atau sedikit, bantuan akan diagihkan secara adil supaya mereka selesa dan ceria untuk berbelanja bagi keperluan harian, perubatan dan persekolahan termasuk setiap kali menjelang bulan Ramadan,” jelasnya yang juga Adun Karambunai. 

Sementara itu, Jainab turut meminta penduduk di DUN Karambunai agar sentiasa mengimarahkan masjid dan surau untuk mewujudkan perpaduan yang berpanjangan. 

“Jawatankuasa masjid dan surau perlu memastikan rumah ibadah berkenaan sentiasa diimarahkan menerusi program bertadarus, tarawih dan moreh dengan membabitkan lebih ramai golongan muda,” katanya. 

Katanya, masjid dan surau merupakan tempat perhimpunan ahli kariah serta medan pertemuan dengan pemimpin setempat untuk kegiatan dakwah selain melestarikan kebajikan penduduk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s