Gallery

Percubaan mencuri di Asia City, Kota Kinabalu


Sejumlah wang yang diletakkan didalam sebuah bekas plastik bagi tujuan urusniaga jual beli suratkhabar telah menarik perhatian seorang remaja lelaki yang kelihatan tidak mampu menahan godaan syaitan.

Dengan berbekalkan muka yang pucat dan tidak bermaya, remaja tersebut berpura-pura mendekati meja letaknya suratkhabar-suratkhabar tersebut yang ketika itu sedang dijaga oleh seorang lelaki berserta dengan dua orang anak perempuannya yang berumur dibawah 10 tahun.

Remaja itu kemudiaannya berpura-pura membelek-belek senaskhah suratkhabar dan membacanya. Yang jelas adalah, remaja tersebut bukan berbangsa Cina tetapi dia kelihatan khusyuk membaca suratkhabar berbahasa Cina tersebut.

Mungkin dia faham tulisan Cina dan pernah belajar di Sekolah Cina.  Tetapi, ironinya disini ialah, suratkhabar yang dibacanya itu berada dalam keadaan yang terbalik.

Perkara ini mendapat perhatian peniaga tersebut yang kemudiaannya bertanya pada remaja tersebut “Apa yang kamu cari?.”

Peniaga tersebut sudah mengesyaki remaja tersebut mempunyai niat yang lain lalu bertanya dengan suara yang lebih tegas sehingga menyebabkan suratkhabar yang dipegang remaja tersebut dipusing-pusingkan beberapa kali.

Bekas wang tersebut memang hampir dengan remaja tersebut dan ketika itu penulis melihatnya mulai terketar-ketar. Dia kelihatan seolah-olah berada dalam keadaan ‘Mahu buat atau tidak’.

Mungkin dia berasa gementar dengan keadaan tersebut. Oleh itu, dia dengan cepat meninggalkan tempat itu dengan mata yang kelihatan seolah-olah kesal kerana terlepaskan sesuatu.

Dia kemudiaannya pergi mendapatkan rakan-rakannya yang berdiri tidak jauh dari tempat peniaga tersebut.

Kesemua mereka kelihatan kurus dan nampak selekeh. Mereka kelihatan seolah-olah berbincang mengenai sesuatu tetapi pada masa yang sama sempat mencuri-curi pandang  keatas bekas wang tersebut. Akhirnya, mereka bergerak meninggalkan tempat itu. Mungkin kerana mereka sedar yang gerak-geri mereka sedang diperhatikan.

Kejadian ini berlaku awal pagi tadi di Asia City, Kota Kinabalu. Tidak dapat dipastikkan apa tindakan yang diambil oleh peniaga tersebut selepas itu. Samada dia melaporkan perkara tersebut kepada pengawal keselamatan atau tidak, adalah tidak diketahui.

Walaupun tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku, namun, orang ramai dinasihatkan agar mengambil sikap berhati-hati.

nota : Gambar diatas hanyalah gambar hiasan dan tiada kena mengena dengan kejadian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s