Gallery

Gema sorakan penyokong PBS ke langit ketika BN ‘Umum’ 20 peratus royalti minyak akan dinaikkan


Oleh Cerita-Cerita Kedai Kopi

PENAMPANG: Ruang dewan Kadazandusun Cultural Association (KDCA) menjadi hangat dengan tepukan gemuruh apabila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan menaikkan royalti minyak Sabah kepada 20 peratus.

Muhyiddin, ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) Ke-27 di sini minggu lepas, mengumumkan royalti minyak Sabah akan dinaikkan sekiranya Barisan Nasional (BN) terpilih sekali lagi menerajui kepimpinan negara.

Beliau berkata, “‎ Kalau kamu pilih saya, kalau kami menang esok, saya akan bagi 20 peratus royalti minyak.”

Kata-kata ini mendapat sambutan tepukan yang cukup gemuruh daripada para ahli dan penyokong PBS yang datangnya daripada seluruh pelusuk negeri Sabah.

Rata-rata para hadirin dalam dewan yang cukup padat itu kelihatan gembira dan bersetuju dengan pengumuman tersebut.

Namun, kegembiraan tersebut hanya bersifat sementara kerana mereka sebenarnya terkeliru dengan ucapan tersebut dan menyangkakan royalti minyak Sabah akan benar-benar dinaikkan.

Muhyiddin sebenarnya hendak mengulas mengenai cadangan Tan Sri Pairin Kitingan sebelum itu untuk mewujudkan mekanisme atau jawatankuasa bagi mencari penyelesaian terbaik mengenai sumber asli seperti minyak dan gas di Sabah.

Semasa membuat pengulasan tersebut, beliau telah menyindir parti pembangkang dengan mengulangi kata-kata mereka untuk menaikkan royalti minyak Sabah. Bagi beliau, ia hanya merupakan suatu angka menarik untuk menarik perhatian rakyat.

Menyedari hadirin keliru dengan ucapan tersebut, beliau kemudiannya membetulkan kekeliruan itu lalu disambut dengan hilai ketawa dari para hadirin termasuk wakil-wakil rakyat daripada PBS.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s