Gallery

Sekadar mengimbau kenangan – “MUNDU” Lahad Datu 25 September 1985


Oleh PASUKAN GERAKAN MARIN POLIS DIRAJA MALAYSIA

Sekumpulan 15 orang lanun yang berkaki ayam berpakaian celoreng menawan Bandar Lahad Datu selama 15 minit sebelum bebas melarikan diri tanpa sebarang tentangan daripada Polis Di-Raja Malaysia.Menurut email Halim Ismail, tragedi seram itu berlaku ketika beliau menghantar bapa saudaranya ke Standard Chartered Bank yang berhadapan dengan Hotel Mido untuk mengambil wang dan beliau menunggu di dalam kenderaan kerana ketiadaan tempat letak kereta.

Mujur bapa saudaranya sempat keluar sebelum 15 org lanun berpakaian celoreng memasuki bank berkenaan dan melepaskan tembakan rambang dan melarikan RM250,000 dan membunuh enam orang awam sebelum melarikan diri ke perairan antarabangsa.

Halim sempat memecut kenderaannya yang diletakkan tidak jauh daripada bank berkenaan setelah mendengar bunyi tembakan.

Manakala seorang bekas anggota polis yang menamakan dirinya sebagai Sarjan Pencen yang menghantar email daripada Semporna, memberitahu ketika itu beliau bertugas di Balai Polis Lahad Datu.

Kejadian serangan lanun sekitar 25 September 1985 menjadi igauan ngeri kepada beliau kerana ketika lanun berkenaan menyerang Balai Polis Lahad Datu beliau berada ditandas dan mendengar tembakan dan letupan yang kuat.

Mujur tidak ada kematian di kalangan anggota polis yang bertugas ketika itu kerana mereka sempat mencari perlindungan apabila melihat beberapa orang lelaki berpakaian celoreng berkaki ayam yang lengkap bersenjata cuba menyerang Balai Polis berkenaan yang terletak di atas bukit, tidak jauh daripada bank yang dirompak.

MARIN

Namun beliau agak kesal kerana mendapat berita bahawa pihak berkuasa Malaysia telah Berjaya mengejar lanun-lanun berkenaan dan berlaku pertempuran di Pulau Maranas yang mengorbankan lebih 53 mangsa yang mendapat bantahan Kerajaan Filipina yang menduduh Malaysia menceroboh Perairannya.

Tambah Sarjan Pencen tersebut dalam emailnya, kesan kejadian rompakan dan serangan lanun tersebut berpanjangan yang melibatkan hubungan diplomatik Malaysia dan Filipina agak tegang disebabkan risikan Malaysia mendapati kejadian berkenaan dilakukan oleh beberapa tentera Filipina dengan dibantu oleh Lanun yang menguasai Lautan Sulu tetapi mempunyai pengaruh di dalam Pentadbiran Kerajaan Filipina.

Laporan separa ketenteraan yang dikeluarkan oleh Malacanang yang dikeluarkan di Zamboanga, Selatan Filipina menuduh Kerajaan Malaysia menceroboh kedaulatan wilayahnya dengan menyerang Pulau Maranas.

Menurut siaran tersebut, Ketua Polis Wilayah Kepulauan Tawi-Tawi, Leftenan Kolonel Gene Tulawei, memaklumkan empat kapal bersenjata yang dibantu helikopter telah menyerbu Pulau Maranas, milik Filipina, yang terletak 160 kilometer di sebelah timur Sabah. Serangan itu, kata Tulawei telah mengorban 53 orang awam dan sebahagiannya masih ditawan oleh pihak berkuasa Malaysia ketika itu.

Menurut Sarjan Pencen itu lagi, Komandan Briged Marin Filipina yang berpangkalan di Zamboanga turut menyebut bahawa serangan tersebut sebagai balasan atas serbuan lanun Filipina ke Lahad Datu tetapi tidak ada penyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kerajaan Filipina.

Bagaimanapun Jurucakap Kementeria Luar Negara Filipina hanya mengatakan, Angkatan Bersenjata Filipina masih terus mengadakan penyelidikan dan menganggap ada ‘kekuatan asing yang sengaja menciptakan pertikaian antara Filipina dan Malaysia yang masih berbalah tentang kedaulatan Sabah.Namun akhbar pro-pemerintah, The Metro Manila Times, yang mengutip sumber-sumber ‘pejabat tinggi Filipina’, mengatakan bahawa serangan ke Pulau Maranas dilakukan oleh “sejumlah tentera upahan Malaysia yang diorganisasi Agensi Inteligen Amerika (CIA)”.

marin2

Bagaimanapun kata sarjan Pencen itu lagi, menurut Pegawai Turus Polis Di-Raja Malaysia, Datuk Kudus Alias, operasi pengejaran lanun hanya dijalankan sampai sekitar Pulau Mataking yang masih termasuk dalam wilayah perairan Malaysia.

Sementara itu, kata Sarjan Pencen lagi, Panglima Komando Selatan Filipina, Major Jenderal, Delfin Castro, melaporkan pasukannya berhasil menahan tiga orang yang disyaki melakukan serangan bersenjata ke atas bandar Lahad Datu termasuk seorang wanita.

Menurut sumber-sumber ketenteraan Filipina, rompakan bersenjata itu didalangi oleh seseorang yang di kenal sebagai Salip Jafar yang menggunakan sebuah kampung di pesisir Zamboanga sebagai batu loncatan namun kes itu senyap begitu sahaja kerana Malaysia bimbang jika kerjasama serantau membanteras lanun akan digunakan oleh Tentera Filipina untuk memburu seorang Ketua Moro yang dikehendaki, James R. Lapian yang bersembunyi di Malaysia.

Dalam pada itu, seorang pegawai Marin yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘A.R.’ mengesahkan bahawa pihaknya mengejar lanun terbabit dengan kapal peronda Polis Marin PX16 dan berlaku insiden berbalas tembakan dengan kumpulan lanun namun menyebabkan ramai rakannya cedera parah terkena tembakan.A.R memaklumkan pihaknya berjaya membunuh seramai tujuh orang lanun dan memberkas 20 yang lain yang berada bersama lanun berkenaan ketika digempur.

marin3

Bagaimanapun seorang bekas pekerja bank berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ho berkata beliau masih trauma ketika melalui kawasan berkenaan kerana hampir maut di muncung senjata api lanun berkenaan jika beliau tidak menyorok di bawah meja.

Ho yang bertugas sebagai juruwang segera menyorokkan diri sebaik sahaja mendengar bunyi tembakan dan hanya membatukan diri dalam serangan yang begitu pantas dan hairan kenapa CCTV bank tersebut gagal merakam kejadian berkenaan.

“Kalau boleh saya tidak mau ingat kejadian itu. Saya takut melalui kawasan bank,” catat Ho dalam emailnya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s