Gallery

KISAH PDRM YANG TIDAK DIDENDANG : Matinya Raja Laut Sabah


Oleh AdminRF

Diawal tahun 1990an, apabila masyarakat nelayan menyebut nama Moloi, ia menjadi satu kegerunan kepada mereka.

Ini adalah kerana beliau telah melakukan lebih 100 rompakan dilaut disamping membunuh lebih daripada 40 orang mangsa rompakannya.

Kawasan operasinya pula merangkumi perairan pantai timur Sabah, selatan Filipina hingga ke perairan Tarakan Indonesia.

Ada satu ketika beliau pernah menghantar sepucuk surat kepada Pak Gito POLRI yang bertugas di Sungai Nyamuk Indonesia kerana cuba memburunya. Surat tersebut mengandungi 3 butir peluru 7.62mm.

Pada 7 Oktober 1996 jam lebih kurang 2330 hrs, telah berlaku satu rompakan diperairan Pulau Libaran Sandakan yang dipercayai dilakukan oleh Kumpulan Moloi.

Dato’ Isa bin Munir yang pada ketika itu menjawat jawatan KPM Sabah, telah merancang satu operasi khas yang melibatkan penggunaan aset PX 30, PC 20 dan sebuah bot samaran bagi memburu kumpulan lanun terbabit.

Pada jam lebih kurang 0130 hrs 8 Okt 1996, Ketua Botronda PC 20 telah menerima maklumat tersebut dari Gerakan Marin Sandakan.

Botronda PC 20 dikehendaki menjalankan rondaan dari Pulau Tambisan hingga ke Kuala Sg Mumiang dan dikehendaki bergerak seawal jam 0500 hrs.

Pada ketika itu PC 20 berada di jeti Pulau Tambisan dan dalam tugas rondaan kawasan perairan Sandakan hingga perairan Dent Havent.

Ketua bot dan ketua jentera serta anggota yang lain telah membuat persiapan awal bagi menjalankan operasi pada subuh hari tersebut.

Ketua botronda PC 20 memastikan segala peluru telah dikeluarkan disamping semua kelopak simpanan sejata M16 diisi dengan peluru.

Pada jam 0530 hrs botronda PC 20 bergerak meninggalkan pulau Tambisan untuk menjalankan operasi memburu kumpulan lanun tersebut yang dikatakan menggunakan 2 buah bot dimana salah satu berwarna hijau dan sebuah lagi adalah perahu jenis jongkong.

Dalam masa yang sama PX 30 yang diketuai oleh ASP Crist Goh membuat rondaan di kawasan kepulauan penyu di samping bot samaran yang diketuai oleh DSP Khairul keluar untuk memdapatkan maklumat serta membuat operasi samaran.

Setelah botronda PC 20 meninggalkan pulau Tambisan, OC botnya telah menggunakan haluan 300 bergerak menyusuri dari tenggara Sabah menghala Barat Laut.

Ketua jentera pada ketika itu bertindak sebagai Look Out dan duduk bersama-sama OC bot di wheel house.
Disatu kisah yang lain, pada pagi itu juga KPM Sabah dalam perjalanan dari Sandakan menuju ke Davo Filipina kerana urusan tugas.

Semasa dalam perjalanan ke lapangan terbang beliau telah memaklumkan kepada pemandunya mengenai kejadian rompakan yang telah berlaku.

KPM Sabah seterusnya mengarahkan pemandunya menggunakan walkie talkie VHF untuk menghubungi PC 20 untuk memastikan mereka berada dikawasan yang ditetapkan iaitu dikawasan laut Meruap hingga Kuala Muminang.

Setelah hampir 2 jam perjalanan meninggalkan Pulau Tambisan, pada jam 0710 hrs ketua jentera PC 20 telah mengesan 1 sebuah bot laju yang bergerak laju antara laut Kinabatangan dan laut Segama.

marin12

Kedudukan PC 20 pada ketika itu di Lat 05 33.3 N, Long 118 45.15 E dan jarak bot laju tersebut lebih kurang 2 batu dari botronda PC 20.

Ketua jentera PC 20 kemudian telah keluar dari wheel house dan telah memberi isyarat lampu disamping melepaskan 2 das tembakan peluru “Very Light” kepada bot tersebut supaya datang ke botronda PC 20 untuk tujuaan pemeriksaan.

Ketua Jentera PC 20 kemudian telah bergerak menuju ke haluan botronda PC 20. Sebelum meninggalkan wheel house, beliau telah mencapai senjata M16nya kerana diskripsi bot laju tersebut sama seperti maklumat yang disampaikan oleh Gerakan Marin.

Dalam jarak 300 meter, bot tersebut kelihatan menambahkan kelajuannya menuju ke arah botronda PC 20.

Dalam situasi berhadapan tersebut, ketua jentera PC 20 ternampak beberapa cahaya api dari bot laju tersebut.

Perkara tersebut tidak diendahkan oleh ketua Jentera PC 20 sehinggalah sebutir peluru memecahkan Wind Screen PC 20. Barulah ketua jentera PC 20 sedar yang botrondanya telah diserang oleh kumpulan lanun yang diburu itu.

Tanpa berlengah lagi beliau telah terus melepaskan tembakan auto ke arah lanun yang menyerang itu.

Ketua Bot kemudian telah membunyikan loceng amaran Defnd Station bagi mengejut semua anggota botronda.

Dalam masa yang sama tembakan terus dilepaskan ke arah botronda PC 20. Dan berlakulah pentempuran yang sengit.

Kumpulan lanun tersebut juga telah melepaskan sebutir peluru M203 namun ia tidak menepati sasaran dan jatuh dihadapan haluan botronda PC 20.

Dalam kejadian kejar mengejar itu, Moloi juga didapati terpelanting jatuh ke laut dipercayai terkena tembakan namun tidak mengelami kecederaan dan berjaya naik semula ke dalam bot tersebut.

Pentempuran yang belarutan selama 15 minit tersebut berakhir apabila kedua-dua lanun tersebut berjaya ditembak mati dan salah seorangnya adalah Moloi Wuah berdasarkan tahi lalat dipipi kanannya.

Dalam pentempuran tersebut, pihak PGM telah menggunakan sebanyak 700 butir peluru 7.62 mm dan 450 peluru 5.56 mm.

Jika diperhatikan pada mayat kedua-dua lanun tersebut didapati baju mereka mempunyai banyak kesan koyak akibat tembakan namun hanya 3 butir peluru sahaja berjaya menembusi badan mereka yang menyebabkan mereka menemui ajal.

Turut ditemui dibot yang digunakan oleh kumpulan lanun tersebut, selaras M16 AR15 berserta pelancar roket M203, 3 kelopak, sepucuk pistol Colt .45, 1 laras granted launcher , 3 butir bom tangan dan satu biji bahan letupan.

Kumpulan bantuan yang terdiri daripada kapalronda PX 30 dan sebuah bot samaran tiba ditempat kejadian pada jam 1000 pagi.

Mayat serta semua barang kes kemudian dibawa balik ke Pangkalan Marin Sandakan dan satu laporan polis telah dibuat.

Atas keberanian anggota botronda PC 20, ketua bot dan ketua jentera telah dianugerahkan Pingat Keberanian Polis manakala anggota yang lain menerima Bentara Pasukan Polis.

Anggota PC 20 yang terlibat dalam pentempuran tersebut.

Kpl Abdullah Ahmad
Kpl Abdulah Ibrahim
L/Kpl Omar Yaakob
L/Kpl Ahmad Nazri Yaakob
L/Kpl Mohd Salleh Ibrahim.

* Kisah ini diambil dari laman Facebook AdminRF

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s