Gallery

Hiew: Krisis kepimpinan DAP Sabah hanyalah rekaan pemutar belit


Oleh Admin

hiewKOTA KINABALU: Penasihat DAP Sabah Hiew King Cheu menasihatkan pengundi di Sabah agar tidak percaya dengan khabar angin kononnya berlaku pergolakkan dalaman parti DAP di negeri ini.

Dalam suatu kenyataan yang dikeluarkan lewat malam semalam, Hiew berkata, perkara itu jelas dimainkan oleh sesetengah pihak yang mahu mencalar nama baik pemimpin-pemimpin parti itu.

Khabar angin yang tersebar luas itu antaranya mengatakan bahawa terdapat calon-calon parti itu yang akan digugurkan atau dipindahkan daripada satu kawasan ke kawasan yang lain.

Namun demikian, Hiew menasihatkan orang ramai agar tidak terkeliru dengan khabar angin tersebut dan menunggu sehingga pengumuman rasmi calon-calon Pakatan Rakyat (PR) yang dijangka dibuat oleh Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim Sabtu ini.

Hiew berkata, “ Ramai pemutar belit yang memperspekulasikan terdapatnya perbalahan dan percakaran dikalangan pembangkang agar mereka kelihatan seolah-olah tidak teratur dan adanya perpecahan.”

Laman portal Sabahkini baru-baru ini turut melaporkan bahawa, terdapat krisis kepimpinan dalam DAP Sabah dan Hiew berkemungkinan besar tidak berpeluang untuk mempertahankan kerusi parlimen Kota Kinabalu yang dimenanginya pada 2008.

Hiew dikatakan telah naik berang apabila mengetahui dirinya akan digantikan lalu membuat pelbagai ugutan hingga memaksa kepimpinan pusat DAP menghantar Teresa Kok ke Sabah baru-baru ini untuk menenangkan keadaan.

Walaubagaimanapun, Hiew menafikan perkara ini dan menjelaskan kedatangan Teresa Kok ke Sabah adalah atas lawatan peribadi beliau yang ingin bertemu dengan perkumpulan Kristian di Sabah bagi tujuan berdoa untuk perjalanan pilihanraya yang lancar.

“ Ia bukan seperti apa yang dispekulasikan, iaitu menyelesaikan masalah parti.  Dia berharap ( Teresa ) agar sekiranya rakyat memilih PR untuk memerintah, suatu pemindahan kuasa yang lancar akan berlaku seperti yang diumumkan oleh PM Najib. “ Ujar beliau.

“ DAP telah membuktikan kekuataannya sebagai parti pembangkang  seperti yang ditunjukkan dalam pilihanraya negeri Sarawak pada 2011 dimana parti ini telah memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi.”

“ Kali ini, kami ingin memperkasakan kekuatan PR bagi membentuk kerajaan negeri dan perseketuan agar dapat melaksanakan perubahan kepada cara pentadbiran kerajaan.” Kata Hiew sambil menambah segala serangan, hinaan, spekulasi, tuduhan dan putar belit secara jelasnya direka oleh segelintir orang bagi tujuan untuk menjatuhkan DAP.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s