Gallery

Anwar secara rasmi umum calon PKR untuk kerusi parlimen Labuan


KOTA KINABALU: Seorang bekas ahli Umno yang bertanggungjawab mengembangkan sayap parti itu ke Sabah bakal bertanding  pada pilihanraya umum ke-13 ( PRU13) akan datang.

Tan Sri Ibrahim Menudin diumumkan secara rasmi sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa ceramah di Kawang, Paparsemalam.

Tan Sri Ibrahim Menudin

Ibrahim Menudin

“ Pada hari ini saya nak ambil kesempatan untuk umumkan  secara rasmi calon keadilan mewakili Pakatan Rakyat di Labuan.”

” Dia lahir di Labuan, dibesarkan di Sabah dan lama di Sabah. Keluarganya di Labuan. Maka saya dengan sukacitanya atas nama kepimpinan Keadilan mengumumkan Tan Sri Ibrahim Menudin sebagai calon parlimen Labuan.” Umum Anwar.

Sebelum ini, kesemua calon-calon wilayah perseketuan telah pun diumumkan melainkan Labuan kerana pada masa pengumuman dibuat di Kuala Lumpur, Menudin berada di Labuan.

Sebelum ini, terdapat ura-ura bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah itu akan bertanding di kawasan dewan undangan negeri Bongawan.

Namun, pengumuman ini telah mematikan khabar angin tersebut sekaligus menghentikan spekulasi liar mengenai keinginan beliau menjadi Ketua Menteri Sabah sekiranya kerajaan PR mengambil alih pemerintahan negeri.

Menudin merupakan anak Sabah yang harum namanya kerana menjawat jawatan korporat paling tinggi dalam negara.

Beliau telah meninggalkan jawatan besar dengan gaji RM67 ribu sebulan dan menyertai PKR pada September tahun lepas.

Manakala dalam suatu sidang akhbar yang dibuat sebelum ceramah di Kawang, Anwar berkata, soal pemilihan calon-calon PR Sabah yang bertanding kini berada dalam peringkat terakhir dan pengumuman mengenainya  akan dibuat secara berperingkat.

Sebelum ini, pihak media telah dimaklumkan bahawa, pengumuman rasmi calon-calon PR Sabah akan dibuat hari ini ( Sabtu ).

Tetapi Anwar berkata, “ Di Sabah, kita ada putuskan beberapa . Kita bincang dengan kepimpinan negeri, Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dan Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan putuskan ada baiknya kita tangguh sekejap.”

Menurut beliau lagi bahawa, walaupun soal pembahagian kerusi telah banyak selesai, tetapi masih terdapat pertindihan tuntutan

Katanya, “ Saya tidak mahu mempersulitkan. Walaupun kerusi itu untuk Parti Keadilan, tapi sebaik saja ada tuntutan, saya tidak akan umum.”

Prinsip PR adalah, tuntutan kerusi tidak boleh dibuat jika sesuatu kawasan itu dimenangi mana-mana parti pada pilihanraya 2008, ujar Anwar.

Sekiranya mana-mana parti dalam PR tewas untuk kerusi yang ditandingi, maka ia boleh dituntut oleh parti lain sebagai asas rundingan.

Mengenai senarai calon-calon yang dikemukan oleh Ketua Keadilan Tuaran Ansari Abdullah, Anwar berkata, jaminan telah diberikan dan cadangan beliau itu akan dipertimbangkan serta dikaji oleh jawatankuasa.

“ Azmin telah berhubung dengan Ansari dan menasihatkan beliau agar tidak membuat sebarang pengumuman secara umum. Namun,kami menerimanya sebagai sesuatu yang positif sama seperti cadangan daripada bahagian-bahagian yang lain.”

“ Apa yang menjadi kebimbangan mereka adalah senarai tersebut akan diabaikan. Jaminan diberikan kepada mereka bahawa setiap kali kami mengadakan perbincangan, termasuk dengan APS dan PPPS, kami tidak akan abaikan dan akan memberikan pertimbangan secara serius,” Kata Anwar tegas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s