Gallery

Dr. Muhyiddin Yussin bertanding di Paginatan


gambar Muhidin Yussin

Muhiddin, seorang anak Ranau, menyerahkan borang keahlian beliau kepada Anwar

Oleh CCKK

Mantan Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Dr. Muhiddin Yusin dikatakan telahpun disenaraikan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding merebut kerusi N.31 Paginatan, Ranau.

Dan beliau juga dikatakan merupakan salah seorang daripada 95 peratus calon-calon Pakatan Rakyat (PR) yang telah sah akan bertanding dalam piliharaya pada 5hb Mei ini.

Walaupun beliau baru sahaja bersara daripada kerajaan pada penghujung tahun lepas, namun, beliau tidak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan menyertai PKR.

Beliau yang duduk di kerusi hadapan semasa ceramah PR di Star City tiga minggu lepas, telah diumumkan oleh Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menyertai parti itu.

gambar Muhidin Yussin2

Muhiddin (tengah) berpakaian sama seperti beliau masih menjawat jawatan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. Mungkin sebagai tanda protes sinis kepada BN

Melalui sumber yang diperoleh, Muhiddin menyertai PKR kerana tidak puas hati dengan beberapa perkara termasuk pemberian kontrak kerajaan oleh pihak atasan secara terus kepada kroni atau keluarga mereka.

Perkara ini seterusnya mendorong beliau untuk terjun dalam bidang politik sebagai kesinambungan kepada bantahan beliau semasa masih berkhidmat dalam kerajaan.

Samada Muhiddin boleh memberikan impak kepada sokongan para pengundi di Paginatan terhadap PKR, ini hanya akan terjawab pada 5hb Mei nanti.

Penyandang DUN Paginatan ketika ini adalah Datuk Ewon Ebin daripada Barisan Nasional (BN). Pada pilihanraya 2008 dahulu, beliau telah menewaskan tiga calon lain masing-masing daripada PKR, Bersekutu dan seorang calon bebas.

Ewon telah mendapat undi sebanyak 5,206 dengan majoriti sebanyak 3,457. Antara calon-calon lain yang bertanding ketika itu ialah Paul Kerangkas daripada PKR yang mendapat undi sebanyak 1,749, calon bebas Mat Jaili Bin Samat yang mendapat undi sebanyak 90, dan Johumin Ampadong daripada Berseketu yang mendapat undi sebanyak 157.

Walaubagaimanapun, jumlah undi yang diperolehi oleh ketiga-tiga calon ini masih tidak dapat menewaskan Ewon yang gah dengan sokongan penduduk sana.

Mungkin kah Muhiddin akan menang atau sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti yang diperolehi Ewon pada pilihanraya lepas? Sama-sama kita saksikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s