Gallery

Ianya diantara CHONG KAH KIAT dan VK LIEW di Sandakan


Oleh CCKK

Adakah mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Chong Kah Kiat bakal membuat kejutan dengan membuat penampilan semula dalam pilihanraya umum kali ini?

chong-kahkiat

Chong Kah Kiat

Dan lebih mengejutkan lagi apabila penampilan kali ini diihat sebagai pertemuan diantara guru dan anak murid yang sudah pastinya akan menarik perhatian bukan sahaja dalam negeri Sabah, tetapi seluruh Malaysia.

Ura-ura mengenai Chong yang akan bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) timbul semula selepas gambar beliau disiarkan disalah sebuah akhbar tempatan bersama dengan Lim Kit Siang yang membuat lawatan ke rumah beliau di Kota Kinabalu, tahun lepas.

Sejak itu, beliau sentiasa dihujani pertanyaan samada benar beliau akan bersama dengan PR. Namun baru-baru ini, beliau menepis sinis pertanyaan pihak media dan menyangkal dakwaan itu.

Apakah sebenarnya strategi yang digunakan Chong dalam menafikan pertanyaan media? Apakah beliau bersama-sama dengan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sepakat untuk mengumumkan kemunculan semula beliau ini pada minit-minit terakhir agar musuh tidak sempat menyusun strategi? Dan persoalan penting ialah apakah beliau sedia bertanding?

Sumber mengatakan bahawa, jika beliau kembali, kini beliau akan memakai ‘ baju’lambang PKR sebagai wadah politik baru beliau. Tetapi komunikasi diantara beliau dengan pemimpin-pemimpin PR dikatakan memang berlaku. Buat masa ini, apa yang Chong nafikan di akhbar masih tidak boleh dipercayai sepenuhnya.

Chong Kah Kiat lawan VK Liew di Sandakan adalah kemungkinan tajuk akhbar yang akan membuat Presiden LDP VK Liew  tergamam seketika, apatah lagi bila mendengar calon yang bakal menentang beliau untuk P.186 Sandakan tidak lain dan tidak bukan ialah bekas presiden dan guru beliau sendiri.

VK Liew juga seharusnya berasa cemas kerana kerusi parlimen Sandakan yang dipegangnya seolah-olah telur dihujung tanduk.

VK Liew

VK Liew

Jika dilihat pada statistik 2008 dahulu, VK Liew memperolehi undi sebanyak 8,297, Shanty Chong dari DAP mendapat 8,121 undi manakala calon bebas Fong Vun Fui mendapat 2,929 undi.

Jika dijumlahkan kedua-dua undi DAP dan bebas, ianya mengatasi jumlah undi yang diperolehi VK Liew. Dan sekiranya pertarungan kali ini adalah dua penjuru, maka VK Liew mempunyai sebab untuk merasa ‘sawan’ kerana kemungkinan besar separuh daripada jumlah undi bebas akan pergi kepada Chong ( Kah Kiat).

Manakala sokongan yang diperolehi DAP ketika itu dijangka kekal kepada pembangkang kerana pengundi sana kebanyakkan masih kecewa dengan tindakan Shanty Chong yang dikatakan tidak meneruskan tindakan beliau terhadap VK Liew kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya.

Dalam sedikit masa saja lagi, pengumuman akan dibuat samada Chong akan kembali aktif. Perhatian media massa tentunya akan tertumpu kepada ini. Nantikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s