Gallery

KEADILAN Cabang Tuaran pertahan tindakan ahli bertanding Bebas


Oleh CCKK

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tuaran Ansari Abdullah mempersoalkan pemberian Watikah Calon Keadilan terhadap seorang calon yang bertanding di kerusi dewan undangan negeri N.10 Sulaman.

Ansari merasa hairan bagaimana calon tersebut, Ghulabdin Enjih yang bertanding atas tiket PKR, boleh bertanding sedangkan parti telahpun memutuskan orang lain sebagai calon sebelum itu.

Ansari2

Hairan bagaimana Ghulabdin boleh bertanding atas tiket PKR sedangkan keahlian beliau belum diluluskan

Ansari berkata, “ Bagaimana Hj Ghulabdin Enjih yang keahlianya ( sebagai ahli PKR) belum diluluskan boleh menerima Watikah Calon Keadilan untuk bertanding di N.10 Sulaman, sedangkan parti telah memutuskan Hj Amin Ibrahim sebagai Calon?”

Amin Ibrahim merupakan calon asal yang telah dipilih oleh parti untuk bertanding merebut kerusi Sulaman.

Namun, beliau enggan untuk bertanding pada saat akhir kerana borang dan watikah calon beliau masih berada di tangan Datuk Kong Hong Ming yang ketika itu berada di Tawau.

“ Saya minta Hj Amin bertanding tetapi dia enggan tanpa watikah. Saya minta Hj Ali Akbar Kawi bertanding sebagai calon KEADILAN dan dia bersetuju.” Ujar beliau.

Sabtu lepas, Ali Akbar telah diumumkan bertanding sebagai calon Bebas menggunakan lambang Bunga raya.

Ansari bagaimanapun berkata, KEADILAN Cabang Tuaran akan tetap mempertahankan Ali Akbar sebagai calon KEADILAN menentang calon-calon luar yang bukan ahli PKR.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s