Gallery

Hudud tidak terpakai untuk bukan Islam


Oleh CCKK

Mantan ahli parlimen Kota Kinabalu Dr.Hiew King Cheu menyelar kenyataan pengerusi Barisan Nasional (BN) Dato’ Seri Najib Razak kononnya Parti Tindakan Demokratik (DAP) menyokong perlaksanaan Hukum Hudud dengan menyokong Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Hiew menyifatkan kenyataan ini sebagai suatu penipuan bagi mengelirukan serta menakutkan rakyat agar tidak mengundi Pakatan Rakyat (PR).

hiew

BN guna isu Hudud untuk takutkan rakyat agar tidak mengundi Pakatan Rakyat

Dia berkata, “ Adalah salah bagi Najib untuk membuat kenyataan sedemikan. Jelas niat mereka adalah melakukan apa sahaja demi memenangi pilihanraya serta mengekalkan kuasa, temasuk mengelirukan rakyat tentang isu Hudud.”

Bagaimanapun, beliau menasihatkan rakyat agar tidak perlu gusar dengan Hukum Hudud kerana ianya bukan mudah untuk dilaksanakan.

Sekiranya hendak dilaksanakan, ia perlu melalui proses parlimen untuk diluluskan dan perkara ini jelas tidak akan berlaku, tambah Hiew

Oleh yang demikian, rakyat tidak perlu bimbang kerana selain itu, hak kebebasan beragama  turut termaktub dalam Perlembagaan Perseketuan, katanya lagi sambil menambah Hukum Hudud tiada dalam manifesto PR.

Sementara itu, calon PAS untuk N.17 Tanjung Aru Hamid Ismail sependapat dengan Hiew bahawa, BN hanya cuba menakutkan rakyat dengan isu tersebut.

Katanya, walaupun DAP secara konsisten membantah agenda PAS untuk menubuhkan negara Islam, mereka tetap menghormati Islam sebagai agama rasmi perseketuan.

Mengenai Hukum Hudud beliau menjelaskan , ianya sebenarnya salah satu cabang yang ada dalam undang-undang Islam.

Ia tidak terpakai kepada orang bukan Islam melainkan mereka setuju untuk tertakhluk dibawah undang-undang itu, jelas Hamid

“ Hudud tidak terpakai kepada orang bukan Islam dan mereka tidak perlu bimbang mengenai itu. Ta’zir and Diyat telah dilaksanakan seperti yang dapat dilihat dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah 1995. Tiada kesan terhadap orang bukan Islam melalui perlaksanaan ini.” Katanya dalam suatu kenyatan bersama  Hiew yang dikeluarkan petang tadi.

“ Jadi bagaimanakah dengan perlaksanaan Hukum Hudud , yang tidak terpakai kepada bukan Islam, boleh memberi kesan kepada mereka?” Soal Hamid tegas yang juga merupakan peguam PAS Sabah.

Adalah jelas, pihak yang membuat kenyataan tersebut tidak membaca Perlembagaan PAS dan DAP dengan teliti, katanya.

Beliau turut menasihatkan mereka agar berhenti daripada membuat tuduhan liar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s