Gallery

Penasihat Upko keluar parti sertai PKR


Oleh CCKK

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima kehadiran seorang penasihat parti Upko yang bertindak keluar parti setelah merasakan parti itu sudah ketandusan idea membawa pembangunan untuk Penampang.

Datuk George Ginibun mengistiharkan dirinya keluar parti dihadapan ribuan hadirin selepas ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Noosob Baru, malam tadi.

Dalam ucapan pendek itu beliau berkata, dia bertindak sedemikian kerana merasakan parti itu tidak lagi mampu untuk membawa pembangunan untuk Penampang.

Dia berkata, “ Penyandang ahli parlimen kawasan ini (Bernard Dompok) sudah terlalu lama memegang jawatan itu. Saya fikir dia tidak lagi mempunyai apa-apa idea untuk membangunkan Penampang.  Saya turut difahamkan bahawa kontrak untuk pembinaan jalan daripada Donggongon ke Lokawi telah diberi tetapi mana ‘Tender’ itu?”

Selain itu beliau turut menyatakan sokongan beliau terhadap Anwar yang menurut beliau akan mampu mengurus ekonomi negara dengan baik

Katanya, “ Dalam television mengatakan PKR tidak adil, tidak pandai mengurus kerajaan. Tetapi Anwar telah menjadi menteri kewangan selama lapan tahun, dan kalau dia tidak tahu mengurus, mengapa dia boleh tahan selama itu?”

Beliau turut mengharapkan kerajaan baru yang bakal memerintah nanti akan memberikan tumpuan kepada penciptaan peluang-peluang pekerjaan di Penampang.

Katanya, kekurangan peluang pekerjaan di daerah ini sudah lama berlaku iaitu sejak zaman Parti Bersatu Sabah (PBS).

Minggu lepas pula, beberapa ahli DAP yang pernah bertanding pada piliharanya umum lepas, mengumumkan keluar parti dan menyertai Upko.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s