Gallery

Jelajah Pakatan Harapan Rakyat Sabah : Anwar optimis ke Putrajaya


Anwar3

Oleh CCKK

Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan hari pertama siri Jelajah Pakatan Harapan Rakyat di Pantai Barat Sabah bermula di Labuan dan berakhir di Kampung Noosob, Penampang.

Di Labuan, Anwar mengumumkan akan membina jambatan yang akan menghubungkan Pulau tersebut dengan tanah besar Sabah.

Katanya suatu kajian akan dibuat sebaik sahaja Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih kerajaan perseketuan demi memastikan kos pembinaan jambatan itu nanti tidak membebankan rakyat.

Selain itu, Anwar turut menegaskan bahawa, kerajaan PR akan memastikan Akta Pembangunan Labuan akan dipinda untuk mempertahankan hak dan penyertaan wakil sah daripada Labuan.

Anwar2Dalam ceramah yang diadakan di Kampung Patau-Patau, kelihatan  penyokong Barisan Nasional (BN) yang membawa bendera parti hadir dalam ceramah tersebut.

Ketika Anwar sedang berucap, terdapat sedikit gangguan menyebabkan Anwar berkata, “ Jangan marah dia orang. Dia orang dapat RM20 seorang . Negeri digadai, saham diambil, balak hilang, tanah adat dirampas, duit lembu pun disapu. Dan U dapat RM20, bram bram bram (bunyi motor)…tapi jangan marah, kita kena dekati mereka dan tawan mereka.”

Antara lain dalam ucapan Anwar ialah isu pengagihan kerusi diantara Pas dan PKR yang menurutnya sudah selesai.

Walaubagaimanapun, Ketua Penerangan PAS Labuan Hadnan Mohamad yang juga calon parti itu, dan Yang Dipertuanya Parti itu Hamir Zahari tidak kelihatan dalam ceramah tersebut.

Sementara itu di Beaufort, Anwar menafikan  penglibatan pembangkang dalam kes Lahad Datu.

Dia berkata,  ” Semalam Menteri Pertahanan kata ada bukti pembangkang terlibat dalam kes Lahad Datu. Umno kalau Anwar dia tidak panggil saya Anwar Ibrahim, tetapi Anwar Ibrahim  Sultan Kiram.”

“Saya kenal sangat Zahid Hamidi, seminggu lagi jadi Menteri Pertahanan jangan sombong sangat sebab selepas ini jadi pembangkang. Dia kata hendak dakwa bukti apa, sebab saya menyanyi Sabah akan hilang.,” katanya ketika berucap di kediaman Datuk Lajim Ukin.

Lebih kurang dua ribu orang hadir dalam ceramah tersebut.

Anwar4Manakala di Kionsom Inanam, Anwar mengingatkan calon-calon PR agar memegang amanah yang diberikan oleh rakyat.

Jika mereka didapati terlibat dengan salah laku serta penyelewengan kuasa, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka.

Dalam ceramah ini, ramai yang dilihat telah meninggalkan premis sebelum acara bermula kerana kelewatan selama tiga jam Anwar sampai ke tempat tersebut.

Kelihatan juga rakyat Indonesia yang datang mendengar ucapan Anwar. Segelintir daripada mereka turut kelihatan ikut serta dalam sorakan ‘Ini Kali lah’ dan ‘Reformasi’.

Anwar juga turut membangkitkan isu-isu lama seperti isu royalti minyak, pemansuhan bayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pendidikan percuma dan juga penurunan harga minyak.

Beliau juga turut mengulangi kenyataan bahawa  Manifesto Barisan Nasional (BN) tidak sehebat mana dan ada antaranya diciplak daripada Manifesto Pakatan Rakyat.

Manakala di Noosob Penampang pula, beliau mendakwa, sokongan yang diberi Tun Mahathir terhadap Najib adalah untuk mengambil kesempatan mengumpul kekayaan termasuk mendapatkan kontrak untuk anak-anaknya.

“Yang penting dia takut kerana apa? Kerana kalau Najib Perdana Menteri dia boleh atur tetapi kalau saya, saya tidak takut Mahathir dan saya tidak boleh diatur.”

“Saya cakap cukuplah Tun Mahathir dengan bilion-bilion kekayaan kamu, cukuplah untuk anak-anak kamu,” katanya ketika berucap dihadapan seramai lebih kurang empat ribu orang.

Selesai sahaja ucapan itu, penasihat parti Upko Datuk Dr.Gerge Ginibun diistiharkan keluar daripada parti itu dan menyertai PKR.

Dalam siri jelajah kali ini, Anwar tidak singgah ke Tuaran. Kawasan ini baru-baru ini bergolak akibat pergeseran diantara Ketua Cabang PKR Tuaran Ansari Abdullah dan penyandang ahli parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing.

AnwarHari ini, Anwar memulakan siri jelajahnya ke Pantai Timur Sabah termasuk di Kampung Simunul, Semporna yang menyaksikan kematian kejam beberapa anggota keselamatan baru-baru ini.

Siri jelajah ini merupakan yang terakhir di Sabah sebelum beliau berkempen di Permatang Pauh sehingga tarikh pengundian nanti. Sepanjang ceramah Anwar ditempat-tempat ini, beliau mengulangi dengan optimis bahawa PR akan menang pada 5hb Mei nanti.

Antara tempat-tempat lain yang beliau singgah dalam siri jelajah itu ialah Kota Marudu dan Kota Belud.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s