Gallery

Patrick Sindu: Beri peluang pada Pakatan


KOTA KINABALU: Aktivis terkemuka Sabah yang lantang memperjuangkan hak asasi manusia dan pengguna, Datuk Patrick Sindu, menggesa pengundi di Sabah agar memberi peluang kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk mentadbir negara ini.

Beliau berkata demikian selepas suatu tinjauan yang beliau lakukan di banyak tempat di Sabah baru-baru ini.

patrick sinduDalam tinjauan tersebut, dia menyimpulkan bahawa, keadaan semasa di Sabah ketika ini memerlukan perubahan pentadbiran negara agar nasib rakyat lebih terbela.

Patrick berkata, “ Saya telah menjadi aktivis hak asasi manusia dan kepenggunaan selama lebih daripada 30 tahun dan dikenali kerana memperjuangkan semua ini. Daripada apa yang saya perhatikan, perubahan harus ada demi kesejahteraan rakyat.”

Sebagai aktivis hak asasi manusia, beliau turut berpendapat bahawa,s atu-satunya parti yang boleh membawa perubahan ini adalah PR dan peluang ini perlu digunakan sebaiknya.

Oleh itu, katanya, rakyat perlu mengundi PR kerana ia merupakan peluang terbaik dan mungkin yang terakhir untuk mengubah kerajaan.

Dia berkata, “ Saya berpendapat, pilihanraya kali ini merupakan peluang terakhir  bagi menentukan nasib rakyat Sabah. Kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah reput dan ia perlu ditukar. Jika PR tidak baik, maka kita sentiasa boleh menukarnya semula. Saya berharap rakyat Sabah terutamanya anak-anak muda keluar mengundi pada hari tersebut.”

“ Ramai yang tertanya-tanya kemana saya menghilang selama ini. Sebenarnya, selama ini saya bergerak ke merata tempat untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada PR. Rakyat saya lihat semakin bersemangat dan mahukan perubahan.” Katanya lagi.

Ditanya mengapa beliau meninggalkan parti Star, dia berkata, parti itu tidak mampu untuk melakukan perubahan.

Katanya, “ Jika kita hendak pergi berperang, kita harus perlu menggunakan orang yang boleh berfungsi dan boleh melakukan sesuatu. Sebagai contohnya, dulu kita bergantung harap pada Pairin tapi sekarang apa yang berlaku?”

Kali ini merupakan peluang yang terbaik untuk menggulingkan kerajaan perseketuan dan sekiranya ia berlaku, Patrick meramalkan ramai dikalangan pemimpin BN akan melompat masuk ke dalam parti-parti PR.

Patrick merupakan aktivis sosial yang terkenal di Sabah. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan (Cash).

Pada pilihanraya umum 2008 dahulu, beliau pernah bertanding sebagai calon Bebas untuk kerusi parlimen P.175 Papar.

Beliau menyertai Parti Star tetapi kemudiannya keluar daripada parti itu setelah menyedari ia tidak mampu membawa perubahan kepada negeri Sabah.

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s