Gallery

Rosnah sokong jawatan presiden dan timbalan tidak dipertandingkan


 

rosnah cadangan2

Oleh CCKK

KOTA KINABALU: Ketua Puteri Umno Malaysia  Datuk Rosnah Shirlin menyokong cadangan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno untuk tidak dipertandingkan dalam pemilihan pucuk pimpinan parti akhir tahun ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan petang tadi, Rosnah berkata, ianya  adalah suatu langkah positif didalam menjayakan misi transformasi parti.

Katanya lagi bahawa, cadangan tersebut  bukan bertujuan untuk menafikan demokrasi serta hak memilih ahli, tetapi prestasi cemerlang Datuk Seri Najib Razak didalam menambah kerusi Umno dalam PRU 13 juga harus dinilai.

Rosnah berkata, “ Selain itu juga, Umno telah melalui sebuah transformasi drastik dan menjadikan jentera PRU paling kuat dalam sejarah Umno,dan saya percaya kekuatan ini dirasai hingga ke peringkat akar umbi.”

“ Selain itu juga, Umno dibawah pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh empat tahun ini telah memperlihatkan khidmat yg tidak berbelah bagi kepada rakyat. Pelbagai transformasi telah dilakukan termasuklah mengiktiraf suara orang muda apabila Presiden dan Timbalan Presiden Umno membariskan calon muda dalam PRU 13.” Jelas beliau lagi.

Segala tindakan ini, menurut Rosnah, membuktikan bahawa  Umno telah berjaya ditransformasikan.

Walaupun demikian, Umno tidak pernah menghalang sesiapa untuk menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan-jawatan tersebut, tegas beliau.

“ Tetapi pada pendapat saya, Datuk Seri Najib adalah Presiden Umno terbaik dalam “ Survival” Umno sebelum ini dan sekarang telah bangkit untuk maju dengan ruang yang diberikan kepada pimpinan muda.” Jelas beliau lagi.

Umno Negeri Sembilan baru-baru ini telah membuat suatu resolusi agar jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan semua peringkat akhir tahun ini.

Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pendirian itu dicapai sebagai memantapkan lagi parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ia juga bagi mengelak perpecahan dalam parti serta mengekalkan gandingan Najib dan Muhyiddin, kata Mohamad lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s