Gallery

Langkah berkesan perlu untuk selesaikan masalah PATI di Sabah


Langkah segera  perlu dilakukan bagi menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah  yang menjadi ‘ibu kepada segala masalah’ di negeri ini.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan turut berkata, kerajaan perlu meletakkan keutamaan dengan menggariskan jalan-jalan penyelesaian yang berkesan.

Ianya hendaklah  berdasarkan kepada laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai PATI bagi mengatasi masalah yang telah berlarutan sekian lama itu, kata Pairin semasa berucap di Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan PBS ke-28 di Dewan KDCA petang tadi.

Menurut Pairin lagi, isu mengenai PATI di Sabah telah lama disuarakan oleh pemimpin-pemimpin politik di negeri ini.

Tetapi ia hanya diberi perhatian serius oleh kerajaan dengan tertubuhnya RCI mengenai PATI pada 11 Ogos 2012.

“Strategi yang berkesan termasuk penguatkuasaan dan penggunaan undang-undang Malaysia dengan keras adalah penting kerana kita tidak inginkan PATI terus menganggap Sabah adalah negeri yang mereka boleh ceroboh sesuka hati dan sewenang-wenangnya.”

“Namun kita juga yakin kerajaan Pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil langkah terbaik, dengan kemahuan politik yang tinggi, demi memelihara kepentingan Sabah serta Malaysia,” katanya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s