Gallery

Ansari: Penyokong PKR Tuaran dizalimi Anwar


Oleh CCKK

Dua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding sebagai calon Bebas di kerusi P.170 Tuaran dan N.11 Sulaman, sebenarnya telah direstui oleh Ketua Cabang PKR Tuaran Ansari Abdullah untuk bertanding di kedua kawasan tersebut.

Ansari dalam kenyataannya menjelaskan, tindakan ini diambil sebagai suatu isyarat kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan layanan terhadap penyokong di Tuaran yang disifatkannya sebagai kezaliman yang sukar mereka terima.

Keputusan untuk meletakkan Hj Ali Akbar Kawi di Sulaman dan Erveana Veana Ansari di Tuaran dibuat setelah Anwar gagal menepati janjinya memberikan satu kerusi untuk ditandingi oleh Ketua Cabang.

Ansari

Ansari Abdullah

“ Sebaliknya, beliau memberikan kedua-dua kerusi tersebut kepada Datuk Seri Panglima  Wilfred Bumburing yang bukan ahli PKR serta tidak mendapat sokongan penuh oleh ahli PKR Cabang Tuaran.” Kata Ansari.

Pada hari penamaan calon di Dewan Seri Sulaman, Cabang PKR Tuaran telah mengemukakan tiga orang calon ahli PKR yang sah termasuk Ali Akbar dan Erveana.

Seorang lagi calon tersebut, Rhodes Panilau yang bertanding merebut kerusi dewan undangan negeri N.11 Kiulu walaubagaimanapun dikekalkan bertanding atas tiket PKR.

Ansari menambah, “ Kedua-dua ahli PKR asal ini (Ali Akbar dan Erveana), masuk bertanding untuk memberi peluang kepada ahli-ahli dan penyokong setia PKR, agar dapat keluar mengundi pemimpin yang mereka kehendaki.”

Mereka diturunkan untuk menentang calon-calon luar yang bukan ahli PKR, kata Ansari dengan merujuk kepada calon-calon daripada Barisan Nasional (BN), Star, Sapp dan termasuk Bumburing.

Rakyat di Tuaran telah menolak untuk mengundi beliau (Bumburing) kerana kegagalan didalam membawa kemajuan serta mengatasi kemiskinan semasa menjadi ahli parlimen penggal lepas, ujar Ansari lagi.

Pada masa yang sama, katanya lagi , Anwar juga telah gagal melihat usaha keras selama 14 tahun di Cabang Tuaran yang kini telah membuahkan hasil.

“ Tindakan untuk membenarkan orang luar mengacak-acak hasil hanya untuk dirosakkan, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.” katanya kecewa.

Pada Sabtu lepas, Ali Akbar dan Erveana telah dilihat memakai baju yang bersematkan logo PKR walaupun bertanding atas tiket Bebas.

“ Ini berbeza dengan calon-calon bukan ahli PKR yang bertanding dengan logo KeAdilan,” kata Ansari seolah-olah mempersoalkan keikhlasan mereka sambil menambah bahawa mereka memakai baju biasa dengan lambang Angkatan Perubahan Sabah (APS ) yang bukan merupakan Logo KeAdilan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s